Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 3
RM7.00
Description
Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 3
Dalam Siri 1 dan Siri 2 kursus Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi telah dibincangkan tentang kefahaman asas dan penetapan iqtiqad dalam mengamalkan Ruqyah Syariah. Kini kita teruskan pembelajaran dengan membincangkan ayat-ayat ruqyah. Sebagai permulaan untuk kita mengamalkan ilmu Ruqyah Syariah, sebaiknya kita amalkan ayat-ayat untuk membina diri kita. Ayat-ayat membina diri bukanlah ayat yang menjadikan kita hebat atau gagah perkasa, tetapi ianya merupakan ayat-ayat yang menjadi hakikat penciptaan manusia oleh Allah swt. Maksudnya ayat-ayat ini sebenarnya diamalkan supaya kita dapat kembali kepada fitrah kejadian manusia itu. Amalan ayat-ayat membina diri ini, sebaiknya dibuat selepas solat subuh atau di awal pagi, agar perjalanan hidup kita pada hari itu seiring dengan tujuan Allah menciptakan kita.