Prasyarat
- Pelajar perlu lulus kursus Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 1 & Siri 2 untuk mengikut kursus ini
- Pelajar perlu ada kebolehan minima dalam membaca Al-Quran
Ciri-Ciri
- Kursus ini melayakkan pelajar untuk mendapat sijil iaitu Certificate of Completion
- Prasyarat untuk ,mengikuti Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 4
- Penyampaian kandungan melalui video
- Nota berkaitan penyampaian video disediakan
- Ujian berbentuk objektif untuk memastikan kefahaman pelajar
- Tiada had untuk mengulangi ujian
- Tiada had waktu untuk menamatkan kursus ini
Pelajar Sasaran
- Semua lapisan masyarakat samada sudah beragama Islam atau belum
- Semua lapisan umur daripada remaja hingga warga emas
Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 3
Dalam Siri 1 dan Siri 2 kursus Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi telah dibincangkan tentang kefahaman asas dan penetapan iqtiqad dalam mengamalkan Ruqyah Syariah. Kini kita teruskan pembelajaran dengan membincangkan ayat-ayat ruqyah. Sebagai permulaan untuk kita mengamalkan ilmu Ruqyah Syariah, sebaiknya kita amalkan ayat-ayat untuk membina diri kita. Ayat-ayat membina diri bukanlah ayat yang menjadikan kita hebat atau gagah perkasa, tetapi ianya merupakan ayat-ayat yang menjadi hakikat penciptaan manusia oleh Allah swt. Maksudnya ayat-ayat ini sebenarnya diamalkan supaya kita dapat kembali kepada fitrah kejadian manusia itu. Amalan ayat-ayat membina diri ini, sebaiknya dibuat selepas solat subuh atau di awal pagi, agar perjalanan hidup kita pada hari itu seiring dengan tujuan Allah menciptakan kita.-
Ruqyah Syariah Kaedah Isnad Tadawi Siri 3